23 May
BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN


Aspek bahasa dalam karangan amat memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan sebuah karangan yang menarik dan menepati aspek tatabahasa. 

Bahagian B: karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 100 markah ) Tingkatan 4.

NOTA:

KRITERIA 

DESKRIPSI 

1. BAHASA

(Mekanis) 

  • Kegramatisan Kata ( morfologi )

    - Ayat ( sintaksis)

  • Tanda baca

  • Ejaan

2. LARAS

( Dinamis )

  • Pemilihan kosa kata

3. IDEA

( Isi )

  • Tema
  • Isi utama
  • Pengembangan(huraian/bahasa/hujahan/contoh)
  • Kerelevanan

4. PENGOLAHAN

  • Wacana
  • Logik
  • Pemerengganan
  • Format

5. GAYA BAHASA 

  • Keindahan bahasa
  • Ungkapan
  • Peribahasa


Penilaian Aspek Bahasa (15 markah)

Aspek bahasa terbahagi:

  1. Perbendaharaan kata (3 markah)
  2. Struktur ayat (3 markah)
  3. Imbuhan (3 markah)
  4. Tanda baca (3 markah)
  5. Ejaan (3 markah)


1. Perbendaharaan kata


Perbendaharaan kata dalam penulisan karangan merupakan aspek yang sering dinilai bagi mengenal pasti sama ada karangan tersebut memenuhi kriteria penggunaan bahasa yang baik atau kurang memuaskan. Penggunaan kosa kata yang moden dan baru sangat digalakkan untuk diguna pakai dalam penulisan karangan para pelajar. Terdapat beberapa kosa kata yang menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam penulisan karangan. 

Berikut merupakan contoh perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan karangan.


BILANGAN
KOSA KATA
MAKSUD DAN APLIKASI DALAM AYAT

1

POLEMIK

Maksud :

Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]

Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap  menjadi polemik dalam kalangan masyarakat


2

MARHAEN

Maksud:

Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]

Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.


3

SINERGI 

Maksud:

Kerjasama

Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]

Akhir  kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergiuntuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia



                         Sumber daripada : http://teknikmudahperenggan.blogspot.com/2012/04/aplikasi-kosa-kata-luas-dalam-penulisan.html


2. Struktur ayat

  • Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah "susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang" .
  • Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenaitopik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik.
  • Struktur binaan ayat atau konstruksi terbentuk daripada unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai kata atau konstituen.
  • Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripadasusunan subjek diikuti oleh predikat. 
  • Struktur ayat yang baik boleh memudahkan pelajar dan juga pemeriksa untuk memahami maksud dan isi yang ingin disampaikan oleh penulis. 
  • Contoh :

          Ayat → subjek + predikat

         Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya.

          Siti - subjek.

         Membaca buku di dalam biliknya - predikat.


3. Imbuhan

  • Penggunaan imbuhan dalam kata perlu digunakan secara betul supaya maksud kata dapat disampaikan secara bermakna.
  • Terdapat beberapa imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.
  • Penulis perlu meletakkan imbuhan yang betul pada perkataan apabila menulis kerana imbuhan dapat menyongsangkan makna kata dan juga makna keseluruhan ayat.


                    Sumber daripada : https://archives.portalsatu.com/budaya/bagaimana-menulis-imbuhan-di-awalan-dan-di-kata-depan/

                                                                                                                      

4. Tanda baca

  • Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
  • Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
  • Tanda baca utama ialah :
             Tanda Noktah atau titik   ( . )
             Tanda koma                 ( , )
             Tanda tanya atau soal   ( ? )
             Tanda seruan                ( ! )
             Tanda sempang atau sengkang  ( - )
            Tanda noktah bertindih             ( : )
            Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )
 

5. Ejaan

  •  Aspek bahasa termasuk ejaan merupakan elemen penting semasa membuat penilaian ataupun pemeriksaan karangan.  
  • Seperti yang pelajar-pelajar sedia maklum, untuk Bahagian A, tiada potongan markah dibuat, tetapi andai kata terdapat banyak kesalahan ejaan, maka karangan tersebut tidak wajar diberikan markah pada tahap cemerlang.  
  • Dalam kertas peperiksaan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang salah diletakkan dalam kesalahan penggunaan ejaan.
  • Oleh itu, murid perlu berhati-hati ketika menulis supaya tiada kesalahan ejaan yang akan dilakukan ketika menulis karangan,


Video pengukuhan .

Mengenal Pasti Kesalahan Ayat (Ejaan dan Imbuhan)






















Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING